MAKLUMAT KORPORAT

1. LATARBELAKANG

Majlis Daerah Kinabatangan ditubuhkan mengikut Ordinan Kerajaan Tempatan dan Perumahan 1961, pada 1hb.Julai, 1968 menurut Warta Kerajaan G.W.S 62 tahun 1968.

Pusat Pentadbiran Majlis Daerah Kinabatangan terletak di Pekan Kota Kinabatangan apabila ia berpindah dari Pekan Bukit Garam pada 20hb. November, 1987.Tumpuan asal pembangunan ialah di kawasan Pekan Kota Kinabatangan seluas lebih kurang 5,000 ekar menurut Pelan No.91500081 G dan Pekan Tongod seluas 600 ekar menurut Pelan No.09150016/B.

Pada keseluruhannya Majlis Daerah Kinabatangan mentadbir dua daerah iaitu Daerah Kinabatangan dan Daerah Tongod dengan keluasan 6,793 batu persegi (1,759,380 hektar ).Industri utama di kawasan ini ialah industri penanaman kelapa sawit di mana pada masa ini terdapat lebih daripada 299, 385.38 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit yang merupakan daerah yang paling luas sekali menanam kepala sawit di Malaysia dan terdapat 32 buah kilang memproses sawit.

Industri kedua terbesar ialah pusat pelancongan berasaskan flora dan fauna dengan pengujudan Santuari Hidupan Liar di hilir Kinabatangan serta program pelancongan Homestay seperti program Misowalai Homestay di Kampung Batu Puteh)

2. AHLI-AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BAGI TAHUN 2007

Menurut instrumen atau surat cara Majlis, Majlis Daerah Kinabatangan diperuntukkan
sebanyak 11 orang ahli dengan tempoh sah keahlian selama satu (1 ) tahun.

Manakala Pegawai Daerah adalah automatik dilantik sebagai Pengerusi Majlis Daerah Kinabatangan. Pelantikan ahli - ahli ini adalah melalui syor ketua-ketua kompenan parti yang mewakili kawasan N. 39 Sukau dan N.40 Kuamut.

3. MOTTO DAN TEMA

'BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT'

4. LOGO MAJLIS DAERAH KINABATANGAN

5. MISI DAN VISI

Misi:
Menjadikan daerah Kinabatangan satu daerah terancang , bersih dan indah serta mempunyai kemudahan awam yang lengkap

Visi:
Menjadikan Majlis Dearah Kinabatangan sebuah Majlis Perbandaran yang bersih dan indah serta mesra alam sebagai koridor kehidupan.

Tiada ulasan: