NIE JER HARTA KU



















nie lah aku gan harta yg paling aku sayang.hehehe














































































































































BANDAR LAHAD DATU



WISMA RAMAI-RAMAI LAHAD DATU



PASAR RAKYAT LAHAD DATU



HOTEL MIDO LAHAD DATU



HOSPITAL LAHAD DATU



AIRPORT LAHAD DATU



HARTA KU





















































HOSPITAL LAHAD DATU















Nie waktu berada d hospital lahad datu.Tengah tunggu masa melawat















Beginilah keadaan kalau sedang menunggu masa melawat d hospital















Faham² lah kalau posing mcm nie.

CUTI DI KK

Posted by skinchai

Perjalanan yang tidak memboringkan, sepanjang perjalanan ada sahaja di cerita. Dari politik, hiburan, perang, gosip menggosip <- sikit2 jak huhuhu... tapi memang best lah.. happy n gumbira. Tapi hampir2 juga kena sambar oleh bas besar di selekoh selepas telupid yang jalan bengkok2 tu, jalan sempit banyak kona2 baring lagi.. kalau tidak berhati2 di jalan ni Nahas.. jumpa keranda lah jadinya huuhu.. palis2 lah.. tapi apa pun semua selamat ALHAMDULILLAH.

Kereta D-MAX SD9112D Kepunyaan skinchai dengan pertama kalinya pergi Kota kinabalu ( KK ). Perjalana jauh yang pertama lah ni.. Kereta baru lagi, belum lagi sampai sebulan usia kereta.. belum lagi di cerak <-- bahasa Bugis ni huuhuhu..
Ini lah yg empunya Kereta tu, Muda, ensem,bergaya, berkrim dan di sukai ramai
Yang ni pula Ehemmm...Nippi bayanz... tidak kering gusi kita di buatnya, ada jak cerita locok2nya
Kalau yang ini pula, si Lampe hehehe.. si BUS..ini pun locok2 juga ni.nakal betul otaknya nie..ada jak yang di ketawakan pasal orang..Tapi Penyayang orang nie.. huhuhuhu..
tengok si Bus be sms jak kejanya.. kadang2 tangan kanan pegang stearing, tangan kiri men sms.. tapi champin juga dereba.. dereba drift bah ni.hehehe
ehhh.. apa yg d pandang tu? Kagum dengan ciptaan Tuhan lah.Tapi aku Kecewa selepas meniggalkan tempat nie, sangat kecewa. mahu tau kenapa? To be bersambung...

Sampai jak d kk, cari hotel, konon2nya mo cari hotel yang boleh on9 free lah ni, puas cari tapi ndak ada satu pun yang kami jumpa. apa punya hotel d kk, bagus lagi d tawau, ada juga hotelnya yang boleh on9 free. Nasib lah ada aku bawa broadband hehhe HOtel Pertama Hotel Ruby, ndak puas hati d sini, biliknya kecil, aircondnya ndak kuat, mahal lagi,pokoknya ndak best lah hotel nie.
Tanpa di duga dan tidak di sengajakan dan tanpa d rancang, terjumpa plak si kawan satu tu, INgatkan dia d tawau, rupanya ada juga dia di kk ngan couplenya. Tapi ok lah dorang belanja pi main bowling. Semuanya pun barusan mo main bowling. kebanyakan bola pi parit jak hehehehe... ada yg tejatuh lagi sama bola2 bowling, mau tau siapa? Biarlah Rahsia hehehe...
Dalam perjalanan p tempat main bowling sempat lagi berkenalan dengan tukang masak paling pendek di kk.. hehehehe..kalau mau jumpa dia, pegi jak tiingkat 8 ( Kalau ndak salah lah) di CPoint.hihihi. Laptop mesti mau di bawa terus.. takut simpan di kereta, coz banyak pencuri barang2 dalam kereta di KK. Jadi berhati-hati lah sebelum kena..
4 pasangan romantis, tapi yg paling romantis dan si kawan lah ni ngan couplenya.. huhuhu ndak lama dorang kawin nie.. cocok betul dorang nie. macam apa Bus? hehehehe
Ini Hotel Kedua, Hotel Reflesia, ok sikit dari Hotel Ruby. Tapi aku ndak tau lah apa yang di lakukan si Bus nie.. kamu fikir lah sendiri hehehehehe...
Perbelanjaan kami, ini jak lah, ada lah juga di bawa balik pi kampung paris

Jangan tiru aksi ini, ndak lama jadi scorpion king ni.. hehehehe...

ada juga abg si skinchai di jumpa d kk. ndak lama jadi jutawan muda ni. Tapi berubah sudah dia bah, selama dia tinggal d kk. Sanggup dia ndak balik pi kampung Paris berhari Raya baru2 ni..apa kes nie Dadu? hehehehe

Untuk Pengetahuan semua, selepas jak dari KK semuanya SUDAH BERUBAH, ndak tau kenapa. hehehehehe

KEEP PALLESTINE CLEAN

Ya Muslimun!

Bertakbirlah Atas Pertolongan Allah Ini!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Wa Lillah llham!

Let's Save Palestine!! Say NO to USA and Israel~

sungguh tidak terkira nikmat-Mu..

Posted by: SkInChAi

Alhamdulillah, syukur pada-Nya yg Maha Pengasih, kita sama2 dpt brnafas dgn sihat pada tika ini dan seterusnya dptlah mneruskan perjuangan yg masih jauh dgn keadaan yg lebih 'selesa'.. saye telah pun bransur sihat, alhamdulillah.. terima kasih kpd k.nik dan k.shira yg memberi ubat-ubatan.. =) thanks juge kpd sume yg mndoakan.. jzkk diucapkan..=) ceyh, mcm sakit teruk je sy ni..=p

Bukanlah saye sngaja nk mmbesar2kan ujian yg menimpa diri, just nk bgtau kt sini, bila kte sakit tu kan, time tu la kte trasa sgt2 berharganya nikmat sihat... sure sume org pnah rasa kan?... dan nikmat sihat itu sbenar-benarnya lebih besar dugaannya... sbb kita berada dlm zon selesa yg smemangnya mnyebabkan kte lebih senang terleka.. begitu juga dgn nikmat masa lapang dan nikmat2 lain yg tidak terhitung byknya..

Telah saye menulis sedikit tentang nikmat2 pemberian Allah dgn tajuknya 'kelebihan itu dugaan' part 1 -> part 6 di post2 saye sblum ni.. ape yg boleh disimpulkan dari situ, segala nikmat dan kelebihan hanyalah pinjaman buat seketika, maka perlulah kte bersyukur dan gunakan ia dgn sebaiknya, di jalanNya yg diredhai..

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan olehNya dan diberi olehNya kesenangan, maka dia berkata ; 'Tuhanku telah memuliakanku.' Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata; 'Tuhanku menghinaku.' Sekali-kali tidak demikian...."

[Al-Fajr ; 15-17]

maksud ayat ini, tidaklah setiap orang yang Allah beri nikmat itu bererti kemuliaan untuknya.. dan tidak pula setiap orang yang Allah sempitkan itu bererti penghinaan terhadapnya.. dua2 itu sebenarnya ialah ujian.. Allah jua yg Maha Mengetahui.. setiap perkara yg berlaku pasti ade hikmahnya..=)


"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kpd Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa pada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik."

[Al-Hasyr (59) ; 18 dan 19]

Saye mndapat kisah mnyentuh hati ini dari blog seorang sahabat ;

Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

teringat adik saye yg ketiga, Haziq yg telah mghafal lagu Raihan yg berlirik ;

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ;

- sihat sebelum sakit
- kaya sebelum miskin
- lapang sebelum sempit
- muda sebelum tua
- hidup sebelum mati

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.. mari kte sama2 memanfaatkan dunia yg sementara ini utk kesejahteraan akhirat yg kekal hakiki.. =)

"Biarlah redha Allah yang sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."

Wallahualam..

Proses pembodohan

PENING kepala saya. Tiba-tiba macam ada ribut pengharaman oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Pada 14 Ogos 2008, pihak media dimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan dua judul buku, Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism (terbitan badan bukan kerajaan Sisters in Islam) dan Pelik Tapi Benar Dalam Solat (oleh Rahman Mohamad). Seorang wakil kementerian mendakwa kedua-dua buku tersebut memutar belitkan fakta yang boleh menggugat iman umat Islam.

Tanggal 28 Ogos pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web Malaysia Today kerana mendapati beberapa tulisan di dalamnya "menghina nabi Muhammad".

Sehari kemudian, wakil kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS berkata bahawa Kedah akan mengharamkan semua konsert pop, rock, reggae dan dangdut kerana ia "memberi impak negatif terhadap golongan muda".

Nampaknya inilah logik yang dipakai oleh pihak berkuasa. Kalau rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, membaca buku sesuka hati, nanti sesat. Kalau rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, melayari internet sesuka hati, nanti sesat. Kalau rakyat Malaysia, khususnya di Kedah, melayan konsert pop, rock, reggae atau dangdut, nescaya nilai moral mereka akan hanyut. Nanti sesat. Maka tergugatlah keselamatan negara. Penyelesaiannya? Kita haramkan saja kesemuanya.

Tapi suka atau tidak suka, Malaysia sedang berubah. Keputusan pilihanraya umum ke-12 memang bersejarah. Namun, ada di negara ini yang masih tidak berubah. Tengoklah saja pengharaman maklumat dan pendapat yang disenaraikan tadi. Alasan yang digunakan pun tidak berubah-ubah. Iman akan tergugat. Masyarakat akan sesat. Gejala sosial akan meningkat.

Entahlah, kalau saya nakal, mungkin saya berani bertanya apakah pihak berkuasa di negara ini memandang rakyat semua bodoh belaka? Tapi itu kalau saya nakal. Saya tak nakal.

Proses pembodohan
Apakah kaitan goyang Inul dengan kebebasan bersuara dan berfikir?

Yang saya mahu persoalkan ialah apa yang akan berlaku jika suasana pengharaman ini dibiarkan berterusan. Mari kita ambil satu kajian kes.

Apabila konsert dangdut Inul di Malaysia diharamkan baru-baru ini, ketua Pemuda PAS Kuala Lumpur, Kamaruzaman Mohamad, berpendirian bahawa konsert tersebut tidak Islamik serta menggalakkan persembahan yang tidak bermoral, dan mendakwa bahawa orang bukan Islam pun sependapat dengannya.

Dan Inul memang sudah biasa dikritik sebegini. Majlis Ulama Indonesia pernah mengecap persembahannya sebagai lucah, dan menjatuhkan fatwa haram ke atasnya. Malah Rhoma Irama, Raja Dangdut Indonesia sendiri, mengecam gaya Inul habis-habisan.

Proses pembodohan
Gus Dur, seorang tokoh agama yang membela hak bergerudi Inul (Sumber: GusDur.net)
Yang menariknya di sini, tidak lain daripada mantan presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid — atau Gus Dur, yang juga mengetuai Nahdatul Ulama — yang membela hak Inul untuk berkarya dan bergoyang di atas pentas. Kata Gus Dur, sebarang usaha untuk menyekat kebebasan Inul akan membawa kepada penyekatan kebebasan golongan yang lain.

Pemikiran yang begini amatlah menarik bagi saya. Apakah adil Gus Dur menyamakan konsert dangdut dengan kebebasan asasi golongan-golongan yang lain seperti wartawan, penulis blog dan pembangkang politik? Mari kita tinjau pula situasi di negara Iran.

Revolusi Islam di Iran

Sehingga tahun 1979, rakyat Iran hidup di bawah kediktatoran Shah yang disokong oleh kerajaan Amerika Syarikat. Di bawah pemerintahan Shah, jurang antara miskin dan kaya meningkat. Tambahan pula, golongan yang membangkang Shah ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Ada yang lenyap (atau dilenyapkan) sama sekali.

Proses pembodohan
Ayatollah Khomeini (Domain awam)
Setelah Revolusi Islam pada tahun 1979, rakyat Iran akhirnya dapat mengecapi kebebasan. Tokoh yang menjadi inspirasi kepada revolusi tersebut, Ayatollah Khomeini, menjanjikan kebebasan dan demokrasi kepada semua. Peneraju Republik Islam Iran berjanji tidak akan menyekat kebebasan siapa-siapa pun.

Tapi dalam fasa pertama pengasasan republik tersebut, pelbagai peraturan dikenakan ke atas rakyat Iran. Pelakon kelahiran Iran yang terkenal, Shohreh Aghdashloo, berkata bahawa suasana di Tehran sekitar lewat 1970-an amatlah mengongkong untuk golongan karyawan dan penghibur.

Shohreh sendiri pernah membintangi beberapa filem Iran yang, walaupun memenangi pelbagai anugerah pada peringkat antarabangsa, diharamkan oleh pihak berkuasa Iran. Dia akhirnya meninggalkan Iran menjelang Revolusi Islam.
Agak-agak 20 tahun selepas itu, seorang wartawan di Iran, Akbar Ganji, ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun oleh kerajaan.

Hanya kerana dia menyiasat pembunuhan penuh misteri beberapa ahli pembangkang dan aktivis pada lewat 1990-an.

Para pemantau kebebasan media dan hak asasi manusia mengesyaki bahawa Akbar Ganji diseksa dalam penjara. Akan tetapi, presiden Iran ketika itu, Mohammad Khatami (yang dipandang sebagai seorang pendukung reformasi di Iran) menuduh bahawa wartawan tersebut yang bersifat "degil" dan "tidak munasabah" dalam tuntutan kebebasannya.

Menterbalikkan proses pembodohan

Kenapa saya bandingkan Malaysia dengan Indonesia dan Iran? Bagi saya, bila membandingkan situasi kita dengan situasi orang lain, atau situasi terkini dengan sejarah, barulah kita boleh mengambil teladan dan memperbaiki keadaan sekarang.

Tapi sebab inilah yang membuat saya geram apabila dimaklumkan tentang pelbagai bentuk pengharaman pendapat dan suara kita. Sebab kalau sesuatu pendapat atau suara itu diharamkan, bagaimana saya hendak mengumpul semua fakta yang ada untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri saya?

Baik dari segi hiburan dangdut, atau buku tentang Islam, atau tentang blog yang menyajikan pandangan alternatif.

Jadi berbalik kepada soalan yang mungkin akan saya tanya kalau saya nakal: apakah pihak berkuasa di Malaysia memandang kita semua bodoh? Atau adakah pihak berkuasa mahu menggunakan strategi pengharaman untuk membodohkan kita?

Sebab bila segala bentuk pengharaman diikhtiarkan oleh pihak berkuasa dengan sistematik — sama ada menyentuh bahan bertulis, konsert, filem, teater atau internet — maka rakyat secara keseluruhannya dikerah untuk menjalani satu proses pembodohan secara besar-besaran.

Proses pembodohan
Market Theatre di Johannesburg (Gambar oleh Ruphin Coudyzer, sumbangan Market Theatre)
Bolehkah proses pembodohan ini diterbalikkan?

Sekarang saya bandingkan pula dengan kes di Afrika Selatan. Di Johannesburg, satu kumpulan teater yang diberi nama Market Theatre ditubuhkan pada tahun 1976, di tengah-tengah pemerintahan kerajaan apartheid yang memang hantu perkauman.

Pada masa itu, menurut undang-undang rejim apartheid, ruangan teater di kawasan "kulit putih" boleh dibuka kepada penonton dan pelakon berkulit putih sahaja.

Para pengasas Market Theatre pula mahukan persembahan teater yang berbilang bangsa, tidak kira dari segi barisan pelakon atau penonton. Tapi bagaimana mereka mahu membuat persembahan begini selagi semua ruangan teater dikuasai oleh rejim minoriti yang berkulit putih? Senang sahaja. Dalam undang-undang apartheid, golongan berkulit putih dibenarkan bercampur dengan yang bukan berkulit putih di pasar.

Jadi, pengasas Market Theatre pun mula membuat persembahan teater di kawasan pasarlah. Itulah asal-usul nama kumpulan teater ini. Agak-agak 20 tahun kemudiannya, rejim apartheid berjaya ditumbangkan oleh pejuang demokrasi, termasuk golongan artis dan aktivis.

Jadi, sekurang-kurangnya untuk sayalah, proses pembodohan ini boleh diterbalikkan. Di Afrika Selatan, pendukung demokrasi dan hak asasi menggunakan pelbagai strategi untuk mengejar impian mereka.

Ramai di Malaysia yang biasa mendengar tentang kisah Nelson Mandela dan Ketua Biskop Desmond Tutu. Tapi saya kira tak ramai yang tahu tentang Market Theatre.

Tapi strategi yang digunakan oleh Market Theatre amatlah penting juga, dan saling menguatkan strategi Mandela dan Tutu.

Jadi, kita perlukan kreativiti dan kerjasama untuk menterbalikkan proses pembodohan. Sama ada di Afrika Selatan, atau di Iran, mahupun di Malaysia. End of Article


Kalau boleh, saya skinchai tidak mahu menjalani proses pembodohan. Bukanlah macam dia pandai sangat, tapi asal jangan dipaksa menjadi lebih bodoh cukuplah.

Comments are now closed for this article as per our policy

skinchai Posted: 9.2.08 : 12.05PM

Mungkin En Shanon Shah seorang yang pintar, brilliant, pemikir yang dahsyat. Tapi dia mungkin lupa, bukan dia sorang je yang hidup kat Malaysia ni, masih ramai orang lain yang kurang pandai, anak-anak yang masih tak kenal baik-buruk, hitam-putih. Jadi, dalam memikirkan maslahah umum ini, ada yang perlu disekat (i.e. HARAM). Saya bagaimanapun setuju, ada perkara/benda yg boleh disekat, ada yang tak harus disekat. Tapi kalau En Shanon Shah berpendapat semua perkara di beri liberisasi tanpa sebarang sekatan, saya tak setuju. Biarlah saya ni nampak bodoh pun.

BOIKOT MAYBANK